Di Malaysia, toyota vios sudah menjadi sinonim kepada
anak-anak muda kerana toyota vios terkenal dengan ciri kelasakannya dan tahap
penggunaan petrol yang optimum. Saya
akan menceritakan serba sedikit mengenai toyota vios generasi terbaru ini. Anda
boleh mencuba dengan menyewa toyota vios dengan saya.
Toyota Vios 1.5 AT |
Kereta sewa toyota vios 019 7461717 / 1 300 88 4040
Pada tahun lalu iaitu 2 Oktober 2013 bertempat di Hilton Hotel Kuala Lumpur, UMW
Toyota Motor, pengeluar dan pengedar kenderaan Toyota di Malaysia, telah melancarkan
model Vios Serba Baru dengan pelbagai
naik taraf serta peningkatan. Toyota Vios Serba Baru ini memberikan pelanggan “
Value Beyond Belief ”.
Bermula dari generasi pertama hingga yang ketiga selepas
diperkenalkan hujung tahun lalu, tidak banyak rungutan diterima daripada
pemiliknya, malah mereka berasa puas untuk memandunya setiap hari. Generasi ketiga yang dijual melebihi 26,000 unit selepas
diperkenalkan Oktober tahun lalu itu hadir dengan karakter lebih mantap dengan
wajah bergaya dan dinamik, selain menggabungkan perumah lampu depan
menggunakan projektor Halogen bagi varian Toyota Vios TRD serta G. Vios terpaksa bersaing dengan musuh ketatnya seperti model-model
seperti Honda City, Nissan Almera, Mitsubishi Attrage, Polo Sedan, dan banyak
lagi yang pastinya memiliki pelbagai ciri serta kelebihan tersendiri.