Di Malaysia, toyota vios sudah menjadi sinonim kepada
anak-anak muda kerana toyota vios terkenal dengan ciri kelasakannya dan tahap
penggunaan petrol yang optimum. Saya
akan menceritakan serba sedikit mengenai toyota vios generasi terbaru ini. Anda
boleh mencuba dengan menyewa toyota vios dengan saya.
Toyota Vios 1.5 AT |
Kereta sewa toyota vios 019 7461717 / 1 300 88 4040
Pada tahun lalu iaitu 2 Oktober 2013 bertempat di Hilton Hotel Kuala Lumpur, UMW
Toyota Motor, pengeluar dan pengedar kenderaan Toyota di Malaysia, telah melancarkan
model Vios Serba Baru dengan pelbagai
naik taraf serta peningkatan. Toyota Vios Serba Baru ini memberikan pelanggan “
Value Beyond Belief ”.
Bermula dari generasi pertama hingga yang ketiga selepas
diperkenalkan hujung tahun lalu, tidak banyak rungutan diterima daripada
pemiliknya, malah mereka berasa puas untuk memandunya setiap hari. Generasi ketiga yang dijual melebihi 26,000 unit selepas
diperkenalkan Oktober tahun lalu itu hadir dengan karakter lebih mantap dengan
wajah bergaya dan dinamik, selain menggabungkan perumah lampu depan
menggunakan projektor Halogen bagi varian Toyota Vios TRD serta G. Vios terpaksa bersaing dengan musuh ketatnya seperti model-model
seperti Honda City, Nissan Almera, Mitsubishi Attrage, Polo Sedan, dan banyak
lagi yang pastinya memiliki pelbagai ciri serta kelebihan tersendiri.
Bagi memenuhi keperluan pasaran, UMW Toyota Motor menawarkan
Vios dalam lima varian iaitu 1.5 TRD Sportivo (A/T), 1.5 G (A/T), 1.5 E (A/T),
1.5J (A/T) dan 1.5J (M/T). Untuk KLezcar Andalas, saya memilh untuk Toyota Vios
1.5 G (A/T) warna putih. Seperi gambar di bawah. Mengaplikasikan bahasa rekaan “Keel Design / Look”,
penampilan Vios di bentuk dengan garis-garis yang panjang dan tajam. Ini telah
memberikannya rupa yang lebih aerodinamik dan bergaya.
Toyota Vios 1.5 G (A/T) |
Pandangan Sisi |
Pandangan Belakang Vios |
Kereta sewa toyota vios 019 7461717 / 1 300 88 4040
Model terbaru ini dilengkapi dengan Stylish Meter Panel dan
Multi Information Display (MID) antara ciri cirinya ialah kadar penggunaan
minyak anda, purata kelajuan memandu anda dan pelbagai lagi fungsi.
Meter Panel Toyota Vios 1.5 |
Aspek keselamatan pula, Toyota Vios saya dilengkapi empat
brek cakera, selain sistem brek ABS, EBD dan BA. Sementara sistem keselamatan
pasif Vios pula terdiri daripada dua beg udara SRS, ISOFIX dan banyak lagi.
Dual Air Bag |
Smart Entry & Push
Start, fungsi yang memudahkan anda untuk membuka dan mengunci pintu kereta
anda tanpa mengeluarkan kunci dari poket anda. Hanya tekan dari jauh sahaja.
Sistem ini sangat bagus di mana jika anda keluar kereta dengan enjin yang masih
berjalan , ia akan mengeluarkan bunyi penggera sebagai amaran kepada pemandu. Semasa
anda menghidupkan enjin, anda akan mendengar sedikit deruman bunyi eksos ia
boleh dikatakan seakan-akan kereta besar atau sport.
Toyota Vios 1.5 untuk di sewa |
Smart Entry |
Selain itu juga Large 506-litre (VDA) Trunk Capacity iaitu
saiz ruang but belakang yang lebih besar yang boleh memuatkan 4 beg bagasi di
belakang. Ia lebih besar dari ruang model yang sebelum ini.
Kerusi Kulit (Leather Seat) Vios |
Bonet Toyota Vios |
Penggunaan bahan api boleh dikatakan jimat dari model yang
sebelumnya. Pada hujung minggu yang lalu saya telah pandu dari Pelabuhan Klang
ke Desaru, Johor Bahru. Dengan berbekalkan petrol penuh iaitu sekitar RM 80,
Toyota Vios telah menunjukkan kehebatannya. Saya telah berjaya sampai ke
destinasi yang di tuju dengan sekali isian minyak. Masa yang telah di ambil
sebanyak 6 jam dengan gaya pemanduan yang tenang. Dengan kerusi kulit (Leather
Seat) pemanduan selama 6 jam terasa singkat dan selesa untuk pemanduan jauh.
Bunyi bising di luar kurang kedengaran sehingga anak saya lena di ulit mimpi.
Kesimpulannya, apa yang saya boleh katakan Toyota Vios amat
berbaloi untuk penyewa kerana ciri-ciri keselamatan yang terkini dan penggunaan
petrol yang optimum. Ia amat sesuai untuk golongan yang mahu kelihatan
eksklusif dan bergaya.
Untuk tempahan kereta sewa hubungi 019 7461717 / 1 300 88 4040.
No comments:
Post a Comment