Thursday 31 January 2019

Promosi Kereta Sewa Pada Tahun Baru Cina 2019

Kami mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina 2019 kepada semua pelanggan kami. Semoga tahun ini di beri kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah. Promosi Tahun Baru Cina 2019 ini ialah sewa 4 hari percuma 1 hari (5 hari). Promosi ini terhad pada tarikh 1hb hingga 6hb sahaja. Tempah kereta sewa segera sebelum kehabisan.

Hubungi 019 7461717 (abu zar)

klik facebook kami di sini




Tuesday 8 January 2019

31 tips untuk penjagaan kereta anda.

Anda jangan berani memiliki kereta sendiri kalau tidak tahu perkara penting ini dan kalau ada yg tertinggal tolong masukkan di ruangan komen ni agar kita semua dpt berkongsi ilmu sesama kita semua😉
1. minyak hitam (Mengikut paras had & jenis minyak)

2. oil filter (Diwajibkan tukar semasa anda hendak menukar minyak hitam)

3. spark plug (tukar setiap 30,000 km)Atau setiap kali service mintak tolong abam pomen checkkan condition spark plug kereta anda.

4. battery (Check dan tambah air setiap kali anda masuk kebengkel utk servis kenderaan anda atau setiap 1bulan)

5.Timingbelt/ belting (tukar setiap 80,000km )Kalau anda lewat tukar atau buat tak kisah langsung tentang timing belt dan jika timing belt tu putus.....Mati la nakkkk.Ia akan melibatkan kos yg tinggi utk proses baik pulih 
dan mungkin akan menelan belanja kos yg beribu mengikut jenis enjin dan kereta anda.

6. clutch plate (mengikut keadaan)

7. fuel filter (tukar setiap 30,000km) utk memastikan perjalanan petrol lancar utk smpai ke enjin dan memastikan ketahanan fuel pump lebih lama.

8. air filter (tukar setiap 30,000km)Utk kelancaran pernafasan intake minifull dan penjimatan petrol kereta anda.

9. gear oil (tukar setiap 20,000km) utk ketahanan jangka hayat gearbox kereta anda.

10. brake fluid (Tukar mengikut keadaan.Jika dah terlalu kotor atau lama mengelakkan masalah pump brake leaking atau jem)

11. brake pad (Mengikut keadaan)Pastikan minta pertolongan abang pomen anda utk check ketebalan brake pad kereta anda utk mengelakkan dics rotto anda bercalar dan rosak.

12. power steering fluid (Perlu ditukar jika dah terlalu kotor atau lama utk mengelakkan pwr stering pump dan stering rack leaking/rosak)

13. radiator coolant (tukar setiap 40,000km) Untuk menjaga saliran air enjin radiator dan waterpump kereta anda dr berkarat dan seterusnya akan menyebabkan temp suhu enjin anda panas dan melibatkan kos yg tinggi utk proses baik pulih.

14. wiper (tukar setiap 30,000km) Untuk penglihatan yg jelas ketika memandu dlm hujan lebat dan gelap kemalangsn akan berlaku akibat penglihatan yg kurang jelas.

15. air conditioner (Servis filter dan suis dibuka 1/2)

16. tayar (Pastikan check selalu pam pada setiap bulan)

17. radio (Memastikan ditutup pada setiap mati enjin)

18. radiator (Pastikan dibersihkan menggunakan air paip)Setelah selesai gunakan cooland anti cegah karat.

19. fan radiator + aircon (Pastikan kipas hidup bila temp 1/2))

20. lamp bulb (Periksa lampu setiap minggu.Check lampu depan dan belakang untuk keselamatan anda dan pengguna jalanraya yg lain.)

21. steering alignment (servis setiap 20,000km) Check selalu agar tayar tidak makan sebelah botak balance dan pemanduan stabil.

22. power window (Check setiap suis power window)

23.Beli kereta memahal kalau membelok tak reti nak bg signal sila pergi meninggal.Jangan buat orang depan belakang kiri dan kanan menyumpah anda akibat membelok tanpa bagi signal.Cukup 44 org menyumpah anda meninggal la anda nti..😜Tapi jangan risau..Mulut org akan mengatakan...Arwah dulu baik orgnya.

24.Angin spare tayar dan spanar bukak tayar serta jack pastikan sentiasa ada.Dan angin tayar spare sentiasa cukup.Jangan nanti bila dah pancit tersadai tepi jalan melopong.Apa pun tak boleh buat.Dan tu nak menyusahkan orang lain..CEMONNN arr..

25.Kalau park kereta di tengah panas pastikan adjust lubang angin aircond tu pkai udara luar agar haba panas dlm kereta mudah bebas.

26.Untuk kereta2 injection pastikan minyak petrol sentiasa cukup.Jngan smpai lampu warning dah menyala baru nak topup minyak.Fuelpump mudah rosak jika diamalkn begitu.Bila dah rosak kan ke duit lagi tu....

27.Sentiasa rajin check fan belt pastikan dlm keadaan baik.Tegang.Agar tiada masalah bunyi bising bila anda bukak aircond atau membelok.

28.Utk pengguna kereta auto pastikan enjin panas terlebih dahulu baru mulakan perjalanan.Bergerak waktu enjin sejuk punca utama gearbox auto mudah rosak...Ibarat anda baru bangun tido dah dipaksa terus berlari 1 padang...Boleh ke....

29.Jangan main tambah2 minyak hitam jika enjin dah mempunyai penyakit mkn minyak hitam.Ini akan menyebabkan dalaman enjin anda bnyk taik2 minyak tebal dan seterusnya penapis minyak utk naik keatas enjin tertutup justeru akan menyababkan enjin kereta anda jem hancur dan melibatkan kos penyelenggaraan yg besar..

30.Bearing tayar.(Jngan main2 tntg bende ni.Pastikan anda meminta abam pomen check keadaan bearing tayar kenderaan anda)Kerana apabila bearing tayar yg bermasalah akn menyebabkan bunyi berdengung.Adakalanya pemilik kereta tidak menyedari bunyi itu kerana hari2 memandu...Mmg tak perasan la jika bunyi yg halus keluar.jika bearing tu pecah akn menyebabkan ketika anda memandu anda akan nmpak tayar siapa yg berjalan tengah highway ni🤣Atau mungkin bearing yg bermasalh juga akan membuatkan tayar jadi jem dan sebaliknya...

31.Mencegah lebih baik dari merawat.Setiap kali masuk kebengkel utk service mintak tolong abang2 pomen checkkan kereta anda A to Z agar anda mudah tahu kalau2 ada benda2 yg bermslh dan perlu ditukar..
Berpesan pesan Amalan Mulia.
Kecam is neraka


Kredit to apengg apengg