Tuesday 9 December 2014

Toyota Vios 1.5 G (A/T) Untuk Di Sewa | Car Rental Klezcar.com

Di Malaysia, toyota vios sudah menjadi sinonim kepada anak-anak muda kerana toyota vios terkenal dengan ciri kelasakannya dan tahap penggunaan petrol yang optimum.  Saya akan menceritakan serba sedikit mengenai toyota vios generasi terbaru ini. Anda boleh mencuba dengan menyewa toyota vios dengan saya.

Toyota Vios 1.5
Toyota Vios 1.5 AT
Kereta sewa toyota vios 019 7461717 / 1 300 88 4040

Pada tahun lalu iaitu 2 Oktober 2013  bertempat di Hilton Hotel Kuala Lumpur, UMW Toyota Motor, pengeluar dan pengedar kenderaan Toyota di Malaysia, telah melancarkan model  Vios Serba Baru dengan pelbagai naik taraf serta peningkatan. Toyota Vios Serba Baru ini memberikan pelanggan “ Value Beyond Belief ”.

Bermula dari generasi pertama hingga yang ketiga selepas diperkenalkan hujung tahun lalu, tidak banyak rungutan diterima daripada pemiliknya, malah mereka berasa puas untuk memandunya setiap hari. Generasi ketiga yang dijual melebihi 26,000 unit selepas diperkenalkan Oktober tahun lalu itu hadir dengan karakter lebih mantap de­ngan wajah bergaya dan dinamik, selain menggabung­kan perumah lampu depan menggunakan projektor Halogen bagi varian Toyota Vios TRD serta G. Vios terpaksa bersaing dengan musuh ketatnya seperti model-model seperti Honda City, Nissan Almera, Mitsubishi Attrage, Polo Sedan, dan banyak lagi yang pastinya memiliki pelbagai ciri serta kelebihan tersendiri.

Friday 5 December 2014

Apa Yang Penting Kerjasama "Wonder Pets"

Alhamdulillah, syukur ke hardrat Ilahi atas limpah kurnia Nya. 

Anda tidak percaya kami menyedia kan kereta baru untuk penyewa. Jangan khuatir dan ragu-ragu, Klezcar sentiasa menerapkan sikap jujur dan amanah dalam perniagaannya. Oleh yang demikian, saya akan memberi bukti atau gambar kepada anda.

Pada 2/12/2014, 11 buah kereta Perodua iaitu Myvi dan Alza telah selamat di hantar ke cawangan Melati dan Puchong South. Apa? 11 buah kereta tu macam mana nak hantar, itu juga antara soalan yang bermain di fikiran anda bukan. Senang jer tu, cara KLezcar adalah berjemaah atau tolong menolong sesama cawangan. Jadi proses penghantaran menjadi senang dan teratur, sebalik nya jemaah yang datang melebihi bilangan kereta sampai CEO dan COO turun padang. Alhamdulillah. Selepas selesai penghantaran, kami singgah makan di kedai singgang memang sedap dengan daging istimewa (lidah lembu goreng) memang terbaik. Hayati dulu gambar-gambar di bawah.

Hubungi saya di 019-7461717 / 1 300 88 4040.