Selamat Petang!
Pernahkah anda alami situasi kereta bergegar?
Perkara ini pasti menimbulkan kebimbangan bagi
anda yang tidak pernah tahu punca masalah ini berlaku.
Kami dari Kereta Sewa Klang ingin kongsikan
3 Punca Masalah Kereta Bergegar. Hal ini penting supaya
anda tidak akan ditipu semasa menghantar kereta anda ke bengkel.

1. MASALAH ENJIN
Sekiranya kereta anda mengalami gegaran untuk 3 situasi berikut,
➡ Kereta bergegar semasa memecut.
➡ Kereta bergegar ketika melalui garisan kuning atas jalan yang digunakan untuk memperlahankan halaju kenderaan dalam kelajuan tertentu.
➡ Kereta dapat dihidupkan dan dipandu dengan baik buat seketika sebelum
gegaran berlaku.
Maka, punca masalah ini adalah daripada bahagian enjin kereta anda.

Nak tahu penyelesaiannya?
⤿Bawa kenderaan ke bengkel dan periksa wayar palam pencucuh (spark plug) sama ada ia telah disambung dengan baik atau perlu digantikan kepada yang baru.
⤿Periksa penapis udara kotor atau penapis bahan api dan pastikan tiada yang tersumbat kerana ia menyekat kemasukan udara atau bahan api yang secukupnya ke dalam enjin dan menyebabkan kereta bergegar.
2. RODA GOYANG⤿Periksa penapis udara kotor atau penapis bahan api dan pastikan tiada yang tersumbat kerana ia menyekat kemasukan udara atau bahan api yang secukupnya ke dalam enjin dan menyebabkan kereta bergegar.
Masalah gegaran kereta yang dapat dirasai secara terus dari roda stereng pula biasanya dikaitkan dengan isu penjajaran (alignment) serta roda goyang.
Langkah bagi memperbaikinya adalah pastikan setiap roda telah diketatkan pada hab dengan bolt lug yang betul. Selain itu, penggantian bearing roda yang diibaratkan sebagai 'nyawa sebuah kereta' ini juga dapat membantu menyelesaikan masalah gegaran kereta yang anda alami.
3. MASALAH BREK
Adakah gegaran berlaku ketika anda menekan brek? Punca gegaran mungkin daripada rotor brek atau rotor yang telah bengkok.
Kerap menekan brek boleh mengakibatkan kepanasan melampau ke atas rotor dan kemudian rosak. Apabila rotor rosak, kaliper dan brekpad tidak dapat mencengkam rotor dengan baik kemudian terjadinya gegaran. Bawa kenderaan anda ke bengkel untuk mengetahui keadaan rotor kereta anda.
Sumber : http://bit.ly/2j2mIFR
KLezcar Bukit Tinggi
Tempahan kereta sewa www.klezcar.com
Hotline 1300 88 4040
Direct Line : 0197461717
No comments:
Post a Comment